Renungan utk diri sendiri

04 May 2012

Siapa yang tidak mahu, orang yang kita sayangi and kasihi berubah ke arah kebaikkan. Siapa yang tidak suka kalau melihat seseorang kembali kepada fitrah, sungguhpun orang itu kita tidak dikenali. 

Baru-baru ini, satu status di Facebook sangat menarik minat , By Ukhuwwah Muslimah :

Hari ini dia mungkin tidak bertudung, esok lusa mungkin dia adalah yang paling IKHLAS menutup auratnya...

Hari ini dia mungkin seorang yang kaki mencarut, esok lusa mungkin dia adalah yang paling LEMBUT bicaranya... 

Hari ini dia mungkin seorang yang ingkar kepada Allah SWT, esok lusa mungkin dia adalah yang paling istiqomah melaksanakan QIYAMULLAIL kala kita semua sedang lena...

Kita tidak pernah tahu dan tidak akan tahu. Tugas kita bukan me'neraka'kan orang. Tetapi...mengajak manusia ke jalanNYA dan saling doa mendoakan....

"Jangan HINA permulaan seseorang..kerana kita TIDAK tahu bagaimana pengakhiran nya...


Percayalah, manusia boleh berubah. Saya boleh berubah, Awak pun boleh berubah, Semua orang boleh berubah sekiranya kite betul-betul hendak berubah. Jangan sekali-kali melepaskan satu 'detikan' dalam hati yang inginkan perubahan dalam hidup kita,

dari yang tidak pernah solat, sedikit demi sedikit, cuba utk menyempurnakan solatnya.
dari yang tidak menjaga solat, hari demi hari, cuba utk memperbaiki solatnya.
dari yang tidak menutup aurat, cuba utk pelihara auratnya.

Saya cuba, utk tidak judge sesiapa pun, dan berharap dan mendoakan dia berubah.Ameen. Dan jika, ada salah saya dimana-mana, saya berharap,tegurlah. Kadang-kadang, kite tak nampak salah yang ada pada diri sendiri, tapi  sgt senang kite melihat kesalahan orang lain. 

Ada orang pernah berkata, keikhlasan itu datang dengan paksaan, siapa kata sejak kita lahir, kite dah pandai dan suka solat, tutup aurat, baca alquran etc etc. Dan ingat, hidayah tu tidak datang secara bergolek, kite kene berusaha kearah itu. 

Tiba-tiba teringat, ade seorang kawan pernah cakap, "xmatured la akak ni suka melambat2kan solat." Walaupun dengan nada gurauan, tapi baru kite sedar, betul jugak apa yg dia cakap, walaupun kite da hidup lama kat dunia ni, selama dua puluh satu tahun, tapi kenapa bab solat, kite tak improve2? Kirenya 'tak matured' la tu, ibadah still macam budak2 yang baru belajar.

*Terima kasih to that person, kerana menegur secara halus*

Bukankah dalam hidup kalau ade peningkatan baru kita rasa hidup kita lebih bermakna.Contohnya,kehidupan seorang pelajar, apabila mendapat grade F kite berusaha bersungguh-sungguh utk dptkan result yg lebih bagus. dan juga seperti orang yang bekerja,bila naik pangkat baru ade rasa improvement. tapi kenapa kita tak apply improvement itu dari sudut ibadah.

Alhamdulillah,semakin hari semakin ramai orang tertarik dgn usrah, saya percaya, usrah banyak membantu kite sedar and berada di "track" yang betul. Alhamdulillah, ramai kawan-kawan yg sudah join usrah, maybe kumpulan yg berlainan, tapi ingatlah sebab UTAMA kenapa kite melibatkan diri dgn usrah. supaya kite lebih dkt kepadaNya. InsyaAllah. 

Final exam lagi 5 hari, doakan saya wahai sahabat, sungguh doa seorang sahabat utk sahabatnya dalam diam,makbul.InsyaAllah.

Share This Post

2 comments:

Cam Alyahya Says:

bestnya kalau ada org boleh tegur macam tu selalu :D walaupun setepek, tapi vavavoooom ~

Adell Says:

kan cam, kite pun suke. spy diri lebih berigt, =)