1 Ogos

31 July 2011


1 Ogos sudah, maksudnya tinggal lagi sebulan lebih ada kat rumah ni, kenapa sebulan lebih? Sebab, tak tahu lagi tarikh flynya bile. yang tahunya bulan september, what date and exact time tah bile, sekarang just tggu predeparture dgn Mara and tggu Nazza panggil mahu buat visa.

Secara jujurnya, tak rasa masa smkn hampir. dan tak sangka boleh fly, rasa macam tak percaya. Still tak dapat mmbygkan diri berada di sana. Masa tgh tension exam dlu, masa rasa tak boleh buat, rasa macam tak boleh nak teruskan, mak selalu suruh bayangkan diri kite ade dkt sana, sampai sekarang pun tak boleh nak bayangkan. BAYANGKAN macam mana dlu kt nak bayangkan. haha belit sudah. abaikan. :)

the thing is, ade perasaan gusar sedikit. first of all, bolehke kt get along dgn others kat sana. seorang yang tidak fasih berbahasa inggeris, cakap kucar kacir, putar belit. terbelit lidah. bak artis cakap, I sound stupid if i speak Malay, kalau kt, "Saya kedengaran spt org bodoh kalau saya cakap bahasa inggeris" 0.0?haha, ohh tidak, tidaklah sampai begitu sekali. sy still pandai. Allah bagi nikmat.hihi :)) cume tidak fasih.

yang keduanya, rasa gusar macam mana keadaan bukan berada dalam negara Islam, kat Malaysia ni aman damai. kat sana aman juga. :) harap-harapla tempat kite pegi nnt tak terjebak dgn penghapusan Islam di Eropah. Benda ini berlaku di Oslo, Norway, pembunuhan oleh Breivik. baru jugak la keluar paper baru-baru ini. bagi penggemar suratkhabar, tahula pasal berita ni. tp bagi yang belum, dan ingin tahu dgn lebih lanjut silalah google sendiri. 80+ people died. yang kite gusarkan, nnt bila sampai sana and benda tu betul2 happen dpn mata kite sendiri, adakah kite akan lari?

yang ketiga, TAK PACK APA-APA LAGI. tak tahu nak pack ape, nak beli ape, semua tak tahu. tak start apa-apa lagi ni. hihihi. peace ^^V no war!

ohh yaa, sebelum terlupa. maybe, insyaAllah akan ada post yg fully english utk melatih diri menambahbaikkan lagi vocab2. kena pegang kamus, kadang-kadang word yang simple pun sudah lupa. senang kata, time cuti lama-lama semua ilmu Thermodynamics,Material Balance, Energy Balance, Fluid Mechanics, Heat Transfer dan lain-lain sudah kabur. kena rujuk balik ni, Kalau rajin. haha. =.=

peace ^^V no war!

Share This Post

2 comments:

izzati ellyani Says:

disebabkan kepala yang serabut nak fikir untuk fly, at last you will feel nothing.!

just enjoy every second with ur family. =)

Adell Says:

haha,thats truee :D
sekarang ni ddk rumah jer, belajar msk. jaga rumah :))